Thursday, January 31, 2013

Kejutan Kebudayaan :)



Assalamualaikum & Selamat tengahari :)


Dalam sedar tak sedar , usia kita dah pun meningkat dewasa . Tapi , dewasa tak bermaksud dapat mematangkan fikiran kita . Mungkin ada segelintir individu yang masih lagi mengharapkan bantuan ibu bapa untuk melakukan sesuatu kerja , mungkin juga ada di antara kita yang mula menganggap mereka sudah dewasa sehingga melakukan segala macam perkara tanpa berfikir panjang , akhirnya menyusahkan semua pihak dan mendatangkan masalah pada diri sendiri *haihhhh~ geleng-geleng pale. 

Sumber : Encik google
 
Macam yang aku cakap , ada di antara kita , di kalangan kita yang masih lagi tidak dapat menyesuaikan diri nya dengan keaadaan persekitaran mereka . Bukan bermaksud tak sesuai dengan persekitaran alam sekitar nya , tapi tak sesuai dengan apa yang ada di sekeliling mereka *garu-garu pale tak paham . Okayy ~ macam nii , sebagai contoh yang dapat aku fikirkan , kita terpaksa tinggal di kawasan yang baru , bergaul dengan kawan baru , segala macam benda yang baru .

Dengan apa yang baru , kita semakin lupa siapa diri kita , dari mana asal usul kita yang sebenarnya , apa tujuan kita datang ke kawasan tersebut ? apa matlamat kita yang sebenarnya ? . Semakin hari kita lupa dengan segala persoalan tersebut , maka semakin jauhlah kita terpesong dengan kemodenan dunia . Daripada pergaulan kita dengan rakan-rakan yang tidak elok , tidak membawa ke arah kebaikan , berkemungkinan kita akan terjebak dengan pergaulan bebas mereka .

Sumber : Encik google :)

Tapi , ada diantara kita yang berubah dengan sendirinya tanpa hasutan dari rakan-rakan , mungkin dia ingin mencuba sesuatu yang baru dalam hidup , mungkin juga dia terlalu taksub dengan sesuatu perubahan sehingga merosakkan diri sendiri . Memang tak salah kita ingin mencuba sesuatu yang baru dalam hidup , tapi perlukah sampai merosakkan diri sendiri ? perlukah sampai lupa siapa diri kita yang sebenarnya ? tidak kesian kah kita dengan mak abah yang ada di kampung ? mak abah yang menaruh harapan sepenuhnya kepada kita untuk berjaya dalam hidup ? mak abah yang bekerja siang dan malam demi menampung kehidupan kita dan pembelajaran kita di sini ? (bagi pelajar).

Hurm , aku tidak memfokuskan kepada satu individu sahaja , tapi kepada semua termasuklah diri aku sendiri . Jika ada di kalangan kita yang kejutan budaya , apa yang perlu kita lakukan ? apa tindakan yang harus kita ambil ? adakah kita harus berdiam diri saja ? hanya pekak kan telinga dan pejamkan mata dengan perlakuan mereka ? adakah cukup dengan sekadar menasihati ? aku rasa , jika dengan nasihat yang seperti mencurah air ke daun keladi , masuk telinga kanan , keluar telinga kiri , baik tak payah ! buang masa je kita nasihat dan kasihan kan dia sedangkan dia lansung tak kasihan kan dirinya sendiri .
Sumber : Encik google :)

Aku rasa tak salah kita nak luangkan sedikit masa untuk enjoy , hilangkan tension study ataupun pape je , tapi tak perlu lah sampai hilang fokus dalam pelajaran , malas untuk belajar dan sebagai nya . Kita harus sebati dengan kehidupan kita , ada masanya enjoy , ada masanya kita fokus dalam pelajaran . Tidak takutkah kita apabila masa depan kita hancur , rosak dan kecundang akibat dari sikap sosial kita sendiri ? Mahukah kita pabila lihat rakan-rakan seperjuangan berjaya , tetapi kita ntah kemana ?

Hurm , malas nak cakap banyak . LU PIKIR LA SENDIRI !!!

Wasalam ~

Wednesday, January 30, 2013

Copy & Paste WANITA PILIHAN :)



Assalamualaikum :)

♥ WANITA PILIHAN ♥

Bismilahir-Rahmanir-Rahiim..
1. Wanita pilihan bukanlah dilihat dari
kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat
dari kecantikan hati yang ada di baliknya.

2. Wanita pilihan bukan dilihat dari
bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi
dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk
tubuhnya.

3. Wanita pilihan bukan dilihat dari
begitu banyaknya kebaikan yang ia
berikan, tetapi dari keikhlasan ia
memberikan kebaikan itu.

4. Wanita pilihan bukan dilihat dari
seberapa indah lantunan suaranya, tetapi
dilihat dari apa yang sering mulutnya
bicarakan.

5. Wanita pilihan bukan dilihat dari
keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari
bagaimana caranya ia berbicara.

6.Wanita pilihan bukan dilihat dari
keberaniannya dalam berpakaian, tetapi
dilihat dari sejauh mana ia berani
mempertahankan kehormatannya.

7. Wanita pilihan bukan dilihat dari
kekhawatirannya digoda orang dijalan,
tetapi dilihat dari kekhawatiran dirinyalah
yang mengundang orang jadi tergoda.

8. Wanita pilihan bukanlah dilihat dari
seberapa banyak dan besarnya ujian yang
ia jalani, tetapi dilihat dari sejauh mana ia
menghadapi ujian itu dengan penuh rasa
syukur.

9. Wanita pilihan bukan dilihat dari sifat
ramahnya dalam bergaul, tetapi dilihat dari
sejauh mana ia bisa menjaga kehormatan
dirinya dalam bergaul.

10. Ciri Wanita pilihan muslimah cantik
bukan dari fizik, tapi dinilai dari hati, akhlak
dan perbuatannya.

Barakallahufikum ....

Salam Terkasih ..
Dari Sahabat Untuk Sahabat ...

Tuesday, January 29, 2013

listen listen listen !!



Assalamualaikum ~


Sewaktu aku dan rakan-rakan seperjuangan aku yang lain pergi ke JPN untuk mengambil IC kami yang telah siap , pelbagai ragam dan gelagat manusia yang aku perhatikan . Dari manusia yang kecil baby, sehinggalah manusia yang sebesar manusia dewasa . Ada yang datang dari pelbagai tempat yang ada di ibu kota tersebut , ada yang berpakaian kemas yang menunjukkan mereka seorang yang hebat dalam kerjaya , ada juga yang berpakaian biasa dan selekeh tapi tak bermakna mereka tuu tidaklah hebat .

Sementara aku menunggu number giliran ku dipanggil oleh abang-abang JPN yang superb baik , aku sempat lagi mencuri dengar perbualan sepasang suami isteri yang ada di kerusi hadapan tempat duduk ku , bukan niat aku untuk masuk campur urusan mereka , tapi dari gaya percakapan si ayah yang agak kasar , aku tertarik untuk terus mendengar dan mendengar tanpa mereka sedari .

*Ini dialog yang sempat aku curi dengar dan aku ingat sehingga ke hari ini dan saat ini -:

Ayah mengetuk kerusi dan menghempas borang-borang kepada ibu dalam keadaan marah seperti ibu telah melakukan kesalahan besar .

AYAH : IC along pun kau lupa nak bawak ? berapa kali aku nak pesan haa ?!!!

IBU : ................. (hanya berdiam diri sambil mencari-cari salinan IC along di borang biru tersebut).

AYAH : Bodoh la kau nii , kau patut jadi lembu tau !! kalau kau jadi lembu , aku sembelih kau ,aku jual kau !!! beribu ribu aku boleh dapat !!! kaya aku !!!!

IBU : diam laa ....... (masih lagi mencari-cari salinan IC along) .

AYAH : diam diamm !!!! aku cakap kau menjawab !!! bodoh tau kau nii , benda senang macam ni pun kau lupa ??!!! aku patut kawin dengan janda tau , lagi senang hidup aku daripada kawin dengan kau !!!!

*tettttt ~ number giliran aku dipanggil , dah tak dapat nak curi dengar :( . hurm , kalau lah kome di tempat IBU , apa tindakan yang akan kome amik ?

kalau aku di tempat IBU , macam ni aku jawab -:

AYAH : IC along pun kau lupa nak bawak ? berapa kali aku nak pesan haa ?!!!

IBU : ........... (masih lagi diamkan diri sebab taknak keruhkan keadaan) peace no war :)

AYAH : Bodoh la kau nii , kau patut jadi lembu tau !! kalau kau jadi lembu , aku sembelih kau ,aku jual kau !!! beribu ribu aku boeh dapat !!! kaya aku !!!!

IBU : Memang laa , aku jadi lembu , kau jadi rumput , aku lapar , kau aku makan , paling kuat pun kau jadi taik aku je !! bodoh ==' diam laa .

AYAH : diam diamm !!!! aku cakap kau menjawab !!! bodoh tau kau nii , benda senang macam ni pun kau lupa ??!!! aku patut kawin dengan janda tau , lagi senang hidup aku daripada kawin dengan kau !!!!masalah betul !!!

IBU : listen listen listen listen listen listen listen listen listen listen listennnnnnnn ~ semua orang ada masalah , haiwan pun ada masalah , lembu , itik , ayam , anjing , ikan pun ada masalah , tau tak ikan josh ? ikan jerung tuu ? ikan josh paling masalah !!! kau tau ? kau ape tau ? kau kan rumput , masalah kau nanti bila jadi taik jek !! (hahaha) .

*segala penceritaan adalah benar sama sekali , cuma dialog sahaja ada yang ditukar dan ditokok tambah :)

moral of the story , jangan lah kita suka memaki , bersopan lah bila bercakap , tegurlah dengan cara dan bahasa yang elok , budi bahasa budaya kita .

Selamat beramal dan ambil ini sebagai satu pengajaran supaya lebih bersopan di dalam percakapan .

Wasalam :)









malam yang sepi , pak mat jual kopiii ~



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia :)


Pada suatu malam yang sepiiii ~ jeng jeng jenggg ! ada satu dua tiga empat lima kelibat yang lalu lalang di hadapan pintu bilik aku . Mengeluarkan bunyi bising seperti orang bercakap , bersembang , bergosip ! Aku yang memang seorang yang berani , hanya membiarkan dan mengabaikan saja kelibat dan bunyi-bunyi tersebut , cuma kadang-kadang bila topik yang kelibat itu gunakan untuk bergosip agak menarik perhatian , barulah aku menyampuk .

Semakin lama semakin banyak yang mereka gosipkan , pelbagai jenis topik dan isu semasa telah mereka bincangkan , ada yang menarik , ada yang hanya suam-suam kuku . hahaha . Sedang aku leka melayan perasaan seorang diri , bertemankan lappy , fon dua ketul , vcd strawberi cinta & sepah the movie , kipas berhabuk , katil , tilam , bantal dan bla bla blaaaaa ~ , aku terdengar satu buah lagu yang dimainkan oleh radio suria.fm .

Aku berhenti dari melayan perasaan , dan mula menghayati lirik lagu tersebut . Lagu yang dinyanyikan oeh penyanyi Indonesia kita , negara Indonesia yang mempunyai garuda dan menentang harimau malaya kita demi merebut sebiji bola di atas padang dengan bersenjatakan laser dan askar-askar yang kacak lagi bergaya , tapi tidak setanding dengan askar-askar harimau malaya kita yang jauh lebih kacak dari mereka . Hahahahaha ! langsung takda kena mengena (gelak jahat) .

Berbalik kepada lagu tadi , lagu yang dinyanyikan oleh Rossa yang bertajuk 'Ku Menunggu' . Sedap lagu tuu , hampir serupa dengan lagu 'Ku Merindu' (nampak sama tapi bukan dia) . Okayy ~ apa tujuan aku cerita kan pasal lagu-lagu ni semua ? hihi , sape dapat teka tujuan nya , aku belanja dia makan ! yeyeyyy ~ hurm , sebenarnya takde menda pun pasal lagu tuu , juz lagu tu menceritakan yang dia minatkan someone tapi orang tu dah ada yang spesel pun , dan nak tak nak , dia terpaksa lah menunggu orang yang dia minatkan tuu ~

Aipp aippp ~ aku tau dalam kepala hotak kome tu mesti fikir yang lagu tuu ada kaitan dengan aku ? mesti kome nak cakap yang aku ni duk tunggu someone yang aku suka tu kan ?? aishhh ~ betul la tuu apa yang kome duk fikir tuu *malu sat* . hihi . Memang aku mengaku aku nii minat gila ahh dekat dia , asyik terbayang je pasal dia (gila bayang ke?) . Kalau lah aku dapat dia , mesti satu Malaysia akan terkejut , satu Malaysia akan gosip pasal kami , satu Malaysia akan melancarkan transformasi , hahaha .

Hurmmm ~ tapi apakan daya , aku tak mampu untuk memiliki dia , jauh panggang dari api , seperti pipit dan enggang , seperti monyet rindukan bulan , seperti api dalam sekam (kena mengena ke ?) hahaha . Dia ramai peminat , dia bekerjaya , dia kacak bergaya , siapa tengok dia tersenyum , mesti melting habis lah gua cakap sama luuu ~ jika diberi dua pilihan , samaada memilih aku ataupun neelopak , sudah pasti dia memilih lopak , dan bukan lah aku yang dipilihnya . hukhukhuk :'( . Tapi takpe , demi dia , aku sanggup tunggu , tunggu dan terus menunggu ~ hanyalah untuk mu FIZO OMAR !!!!! hahahahhaa , kan dah terkena ==' .

nah ! tatap pacar gue ~ hihi .

Wasalam ~

Monday, January 28, 2013

makan cili terasa pedas tak ?



Assalamualaikum :)

Malam yang sunyi nii , idea untuk membebel dalam blog memang datang mencurah-curah . Dengan berbekalkan semangat yang kental , sikap rajin yang tertanam dalam diri (rajin tang mana?) , line maxis yang clear , tiada kacau ganggu dari manusia-manusia yang ada , berteman kan bantal , tilam , laptop , handfon dua tiga bijik (dua tiga bijik tu tipu) lampu yang terang benderang , kipas yang berhabuk tak dicuci (apa kena mengena?) , aku telah bersemangat waja proton honda dan bla bla bla .. untuk menulis lagi satu entri ! idea yang datang setelah aku melihat profile seorang rakan di facebook , tidak akan aku sia-siakan . hahahahahahahhahahahahha (gelak jahat) .

Apa itu perubahan ? kome pahamkah maksud dan konsep perubahan ? perubahan boleh digunakan dalam banyak tujuan tapi yang membawa banyak maksud . Perubahan yang aku ingin sampaikan bukanlah perubahan yang berkaitan dengan persekitaran , pembangunan , pencemaran atau apa saja , tapi aku nak kaitkan entri aku pada malam ini dengan perubahan pada manusia .

 
Aku tak fokuskan entri aku ni pada sesetengah individu saja , tapi aku ambil sesetengah individu dan diri aku sendiri sebagai contoh untuk kita bincangkan tentang perubahan . Okayy ~ apa yang aku cuba untuk sampai kan ? macam nii , aku ada seorang kenalan yang tak rapat tapi saling kenal mengenali antara satu sama lain melalui facebook dan seorang kenalan . Pada awal perkenalan kami , aku cuba sifat kan dia sebagai seorang yang up to date , cantik dan bergaya .

Tapi , satu hari , dia melakukan perubahan pada dirinya , bukan lah pembedahan plastik , botox or what , tapi dia telah berubah dari seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung . Walaupun aku tak rapat dengan dia, tapi aku bersyukur kerana dia sudah mula betudung dan aku selalu folow segala update pasal dia . Pada mula nya , aku lihat dia bercerita dalam facebook tentang perubahan yang dia lakukan , ramai lah yang mula memberinya semangat dan rangsangan untuk dia terus bertudung buat selamanya .

Tapi , apa yang aku tengok , semenjak dia putus dengan bekas pakwe nye , dia mula kembali kepada asal , mula membuka tudung , berpakaian seksi dan kembali kepada cara yang lama . Apakah perubahan yang dia lakukan pada suatu masa dahulu hanyalah kerana seorang lelaki ? kerana fesyen ? kerana pengaruh dan ikutan ? . Sayang seribu kali sayang , hatinya tidak sepenuhnya berubah kerana Allah s.w.t .

 
Sebelum kita berubah , kita tidak perlukan sesiapa untunk membimbing kita , tapi HATI dan NIAT yang kita perlukan . Memang sukar untuk kita secara tiba-tiba berubah , tapi kita perlu lakukan perubahan secara slow-slow , lama kelamaan , perubahan itu akan sebati dalam hidup kita . Pedulikan apa yang orang sekeliling kata , tapi , kita lakukan lah perubahan untuk diri kita sendiri . Untuk masa depan kita di alam sana .

Memang dulu aku juga seorang yang tidak bertudung , tapi secara tiba-tiba , hati aku terdetik untuk mula berubah dan bertudung , dan sehingga ke hari ini ,aku masih lagi mengekalkan pemakaian tudung semasa keluar dari rumah . Di awal perubahan aku , ramai yang terkejut dan ada yang tidak dapat menerima , tapi aku nekad untuk meneruskan perubahan ini dan mereka menerimanya dengan rasa syukur dan gembira , orang yang paling gembira dengan perubahan aku adalah mak dan abah :) .

Aku tak sangka dan bersyukur sangat , dengan perubahan yang aku lakukan , telah membuka pintu hati rakan-rakan aku untuk mula bertudung :) . Walau apa pun niat mereka untuk bertudung , aku tetap gembira dengan perubahan yang telah kami lakukan . Tapi sayang , ada di kalangan kita yang sememangnya dari kecil dididik untuk bertudung dan menutup aurat , telah mengetepikan dan mengabaikan didikan tersebut . Mereka berubah sama sekali , tidak tertumpu pada pemakaian sahaja , tetapi pada perwatakan dan gaya hidup mereka sekarang .

Sudah banyak kali ditegur , tetapi tidak dihiraukan , adakah mereka bahagia dengan cara hidup mereka yang sekarang ? mungkin kot kan ? kalau tak bahagia , mana mungkin mereka berterusan dengan gaya hidup mereka yang sekarang ? . Entri ini bukan lah untuk aib kan sesiapa , bukan lah untuk belagak alim , bukan jugak untuk mengutuk sesiapa , tetapi untuk teguran sesama manusia termasuklah diri aku sendiri . Maaf lah jika kome yang membaca entri aku ni ada yang terasa hati , tapi ini adalah untuk peringatan sesama kita :)


wasalam ~

BUDAK :)



Assalamualaikum & selamat malam + selamat pagi :)


Siapa sini sukakan budak-budak ? sila angkat tangan , aku nak kira sat :) hihi .
Aku rasa satu kerugian yang besar pada siapa yang tak sukakan budak-budak . Deme dah la comel , bila melayan budak-budak nii , rasa heppy je tau ! . Kome semua jangan laa salah paham , aku tulis pasal budak-budak ni bukan la sebab aku nak kawen ke ape kan , hihi . Aku juz nak cita yang aku ni memang sukakan budak-budak , tambah lagi budak yang cakap pon nak pelat-pelat lagi . Alahaiii~ geram je rasa , kalau aku dapat budak yang comel , bijak pulak tuu , memang aku ciom-ciom je !

Mak aku memang dari dulu mengasuh anak orang , so dah jadi biasa bila rumah aku ni macam taska , penuh dengan budak-budak . Masa cuti , aku selalu tolong mak aku mengasuh budak-budak , kalau bagi aku budak untuk aku jaga satu hari pun aku sanggup ! hahaha . Budak-budak yang datang rumah aku pun semuanya comel-comel dan bijak pandai tau . Kalau melayan deme bersembang , mesti berdekah laa . Bukan sebab topik yang deme cakap tu kelakar or what , tapi cara deme bercakap tu , dengan gaya and pelat nye , memang seronok !

Kalau nak berjalan , aku paling suka bawak budak-budak . Memang bagi sesetengah orang , bawak budak berjalan adalah satu perkara yang bosan dan remeh , tapi bagi aku , benda tu tak remeh pun , sebab nya , bila kita bawak budak berjalan , apa je yang deme buat , mesti kelakar . Contoh , aku memang selalu bawak si erin and enna berjalan , bila sampai dekat mall, tengah-tengah ramai orang tuu , si erin yang comel boleh pulak jerit kuat-kuat panggil aku AYAMMMMM !!!! hahaha . Memang la malu, tapi benda tu kan kelakar , kita nak marah pun tak jadi nak marah . hahaha .

Pernah satu hari , aku berangan tau , kalau lah aku tak kawen-kawen lagi , aku nak amik anak angkat , teman aku kat rumah . hihi . Aku rasa sakit hati bila ada manusia yang bodoh bangang , boleh pulak buang baby deme merata-rata ! alahaiii ~ dah pandai buat , pandai la membela anak kome tuu . Kalau dah tak sanggup nak bela , tak sedia lagi nak ada anak , nak pikul tanggungjawab , sila lah bagi baby tu kat siapa-siapa yang takde anak tapi nak anak .

Lagi satu , negara Malaysia dah cukup maju tau , dah banyak tempat-tempat kebajikan yang sanggup terima anak yang tak berdosa ni . Kome juz bagi je kat tempat-tempat kebajikan tu kalau kome tak sanggup nak bela , nanti ada la orang yang prihatin atau orang yang memerlukan , sanggup nak jaga anak kome tuu .  Jangan la dibuang anak yang tak berdosa tu kat tong sampah , sungai , jamban dan sebagainya macam anak tu anak binatang . Binatang pun sayang kan anak nye tau ! hee ~

Ni la budak-budak yang mak aku jaga , yang selebih nya takde dalam gamba , sebab deme datang sekejap je :)


Wasalam ~



Monday, January 21, 2013

SIHIR =='



Assalamualaikum & Selamat petang :)


Di zaman yang serba moden , dunia semakin menuju kemajuan , generasi kian berubah , masih percaya kah anda tentang SIHIR ? ILMU HITAM ? BOMOH ? DUKUN ? . Masih percaya kah anda dengan bantuan dari makhluk halus , hidup kita akan berjaya ? masih percaya kah anda jika berkawan dengan makhluk halus , hidup anda akan aman sejahtera ? masih percaya kah anda makhluk halus lah tempat kita memohon perlindungan ? pertolongan ? pembalasan ? kekayaan ???

Aku pelik dan hairan , musykil pun ada jugak ==' . Kenapa di zaman yang serba moden dan maju ni , masih ada lagi segelintir manusia yang percayakan segala macam benda karut tersebut ? Aku mengaku , memang di dalam dunia ni , ada makhluk lain ciptaan Allah s.w.t yang hidup bersama-sama kita di atas muka bumi ini . Tapi kenapa ? kenapa sampai kita terlalu taksub sehingga mengabadikan diri kita dengan memohon pertolongan dari makhluk halus untuk kepentingan diri kita sendiri ?

Sudah lupakah kita siapa yang ciptakan kita ? siapa yang ciptakan segala macam makhluk di muka bumi ini ? pada siapa yang kita perlu sujud & taat ? kepada siapa kita harus memohon pertolongan dan pertunjuk jika bukan dari-NYA ? iaitu ALLAH S.W.T ? Pencipta seluruh alam semesta ? sudah lupakah kita dengan semua tu ?

Hmmm ~ Aku berharap agar manusia yang percaya kan bantuan dari jin dan syaiton dapat melindungi mereka dari bencana , supaya berubah lah sebelum anda terlambat dan terpesong dengan lebih jauh . Segeralah bertaubat kerana hidup kita di muka bumi ini hanyalah sementara , sudah-sudah lah tu membomoh orang . Sekali rasa sakit orang yang anda bomohkan , berganda sakit nya pembalasan yang Allah s.w.t turunkan kepada anda .






Wasalam~


Cinta Tak Perlu Di Cari Kerana Ia Tersisip Di Lipatan Hati



Assalamualaikum :)

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

Sunday, January 20, 2013

Kuala Selangor !



Assalamualaikum & Selamat malam :)


19 Jan 2013 -
Awal pagi lagi aku dah pun terjaga dari tidur ku , rasenya sebab aku bersemangat kot untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Selangor & Perak :) . Pada mula nya , aku , abel , atyn merancang untuk bermalam di rumah ku di perak , tapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan , rancangan tersebut terpaksa dibatalkan . Tapi perjalanan ke Kuala Selangor tetap diteruskan , cuma orang yang join saja bertukar , aku , Abel dan Gina :) hehehe .

Aku ditugaskan sebagai driver , Abel sebagai GPS kami , Gina pula hanyalah untuk memenuhi ruang belakang kereta yang kosong . Sampai di Kuala Selangor , Abel membawa kami ke restoran Sri Kampung di Bukit Melawati untuk mengisi perut yang da memang kosong ni haa . Rasa masakan di restoran tersebut boleh la tahan , tapi sikit sangat nasik nye , rase nye memang tak dapat na penuhkan perut aku yang kosong ni . (aku dah la kuat makan) !

Tapi tak pe , rezeki aku haritu memang murah , sampai je di rumah Abel , kami diberi makan nasik + asam pedas + ikan goreng + ulam = KENYANG :) hihi . Disebabkan kami tak jadi nak ke Perak , kami menghabiskan masa yang ada dengan melepak di rumah Abel dan pusing-pusing Kuala Selangor. Bila dah penat pusing , barulah kami pulang ke tanah air (KUALA LUMPUR) .

Malam tu kami ke kenduri kawen , Ali kwn kpada kwn ku punya akak kawen . Kami malu sangat bila datang kenduri kawen ngan pakai baju + seluar jeans je ? tapi takpe la , perut pun dah lapa, so kami pun buat muka tak malu , datang cedok nasik dan lauk , terus cari meja dan bangku yang kosong , kami duduk dan makan sampai kenyang :) . Aku sempat lagi tengok pelamin pengantin tu, sumpah aku cakap , pelamin nye memang cantik sangat ! Mula la dalam kepala otak ni , sebok na berangan yang suatu hari nanti , aku NAK PELAMIN MACAM TUU !!!! hahaha :D

Nice kan baju pengantin ? Gamba pelamin nye tak sempat nak amik :)


20 Jan 2013 -
Harini hari yang paling sebok ! pagi lagi aku da bangun , tidur bangun tidur bangun ! . Habis je mandi & solat , aku ke dapo . Tengok ape yang ade , ape yang boleh dimasak , ape yang boleh dimakan ? hahaa:) Abel & aku memulakan kerja-kerja memasak , demi mengisi perut yang memang dah lapau gila ni haa . Berbekal kan bahan-bahan yang tak seberapa , kami masak je ape yang ada , nak masak lebih-lebih, alamat nye kena turun ke kedai la untuk beli bahan-bahan masak yang takde .

Pening dalam memikirkan apa yang harus kami masak , akhirnya kami capai kata sepakat , untuk memasak sadin kentang + sayur campur + ayam goreng + melo ais :) Lepas masak & makan sampai senak , masing-masing memulakan aktiviti gotong royong mengemas bilik yang dah macam tongkang pecah ! seharian kami habiskan masa dalam mengemas bilik, dan hasilnya , cukup memuaskan . KEMAS + CANTIK + MENARIK ekau memang da BOMMM ! hehehe :)

Pada malam nye pulak , aku menghabiskan masa dengan menulis satu lagi entri , dan inilah hasil nya , tercipta jugak satu entri walaupun ringkas , tapi aku rasa macam karangan BM yang memerlukan pelajarnya menulis segala ayat dalam bahasa BUKU (buku ke baku ?) .

Okayy lah , sampai sini dulu , esok lusa sambung balik , aku nak study , esok ada test MDM SYIKIN.

Wasalam :)

Friday, January 18, 2013

SUPERwoman



Assalamualaikum :)

Semenjak blog ni hidup semula, setelah berkurun lamanya ia menyepi , aku dengan sedaya upaya berusaha untuk memeriahkan nya kembali , hihi . Mesti semua pelik kenapa blog aku ni kosong , sepi , huduh , buruk ? padahal blog ni dah lama wujud ? (macam la ada yang baca) hehe , sebenarnya segala macam jenis entri yang aku tulis dahulu kala , telah pun dibuang  . kenapa ? mengapa ? kerana aku rasa kan segala entri aku tak berguna .. hahaha . nampak kebudak budak kan kerana aku mencerita kan kisah yang aku sendiri malu untuk membacanya .

Yes ! aku tau , kalau malu ,kenapa beria aku nak buat blog ? kenapa tak tulis dalam diari je ? kenapa perlu dikongsi beramai-ramai ? kenapa ? kenapa ? dan kenapa ? dan jawapan nya hanya SATU .
AKU PUNYA SUKA LA NAK BUAT APA PUN ! ahhahaha .

Pacik pacik , macik macik jangan risau .. aku kembali bukan bermakna aku berubah segala nya , bertambah beria, bertambah gedik, bertambah sakai, bertambah CANTIK .. hahaha, okayy~ yang cantik je betul bertambah , yang lain tu tak =.=' . Aku tetap sama , sama macam dulu , cuma keadaan , situasi , persekitaran , masa saja yang berubah .. dan AKU TETAP AKU !

Tahun tahun sebelum ni memang banyak kenangan manis dan pahit serta dugaan yang datang kepada aku, banyakkkkk sangattttttt dugaan . Dan aku tak nafikan , akhir tahun 2012 dan awal tahun 2013 pun aku tetap ada dugaan , dugaan yang aku rasa tak tertanggung seorang diri , dugaan yang mampu membuatkan seseorang mengalirkan air mata (air mata tu tak tipu) hihi .

Tapi alhamdulillah , aku berjaya mengharungi segala dugaan yang datang dengan hati yang tenang (tenang ke?) , dan aku yakin , dengan dugaan yang datang , aku berjaya menjadi seorang yang lebih matang , lebih berdikari , lebih bahagia dalam menjalani kehidupan sebagai seorang manusia , anak , kakak , adik , pelajar , rakan , sedara , sepupu , kupu kupu , awek fizo omar (melebih pulak) hehehe (^^,) .



Pada tahun 2013 , usia aku telah berubah , dari angka SATU , bertukar ke angka DUA . Ini bermakna aku telah dewasa , aku bukan lagi kanak-kanak riang seperti suatu ketika dahulu . Aku bukan lagi budak yang boleh dibuli , dan aku harus yakin , yakin dalam melangkah untuk terus maju ke hadapan (dramatis gila) . Sesiapa yang punya niat untuk membuli aku , anda harus PADAM kan niat tersebut , kerana dengan kuasa SUPERHERO yang ada pada aku , aku berjaya menepis segala pembulian anda , kerana aku seorang yang hebat , kerana akulah SUPERWOMAN !!!! hahahaha :D 

 

Wasalam ~


I'm back :)

Bismillahirahmannirahim .
Assalamualaikum w.b.t semua :)


18 Jan 2013
7.48 PM
Jumaat

Aku kembali semula :)
aku kembali untuk menulis blog yang sudah lama aku tinggalkan .
banyak perubahan yang telah berlaku tanpa aku sedari,
penuh dengan sawang-sawang yang terpaksa aku cuci,
ikutkan hati memang aku tak sudi dan putus asa untuk meneruskan nya ,
tapi dengan kerelaan hati , aku gagah kan jugak hati ni ,
dan sekali lagi , sekali lagi aku telah berjaya membersihkan segala sawang-sawang yang ada ,
dan ini lah hasil nya ,
aku berjaya menulis satu entri ,
hahahhaa ,
aku tau aku hebat walaupun hanya SATU !

sekian, terima kasih :)
wasalam ~