Friday, January 18, 2013

SUPERwoman



Assalamualaikum :)

Semenjak blog ni hidup semula, setelah berkurun lamanya ia menyepi , aku dengan sedaya upaya berusaha untuk memeriahkan nya kembali , hihi . Mesti semua pelik kenapa blog aku ni kosong , sepi , huduh , buruk ? padahal blog ni dah lama wujud ? (macam la ada yang baca) hehe , sebenarnya segala macam jenis entri yang aku tulis dahulu kala , telah pun dibuang  . kenapa ? mengapa ? kerana aku rasa kan segala entri aku tak berguna .. hahaha . nampak kebudak budak kan kerana aku mencerita kan kisah yang aku sendiri malu untuk membacanya .

Yes ! aku tau , kalau malu ,kenapa beria aku nak buat blog ? kenapa tak tulis dalam diari je ? kenapa perlu dikongsi beramai-ramai ? kenapa ? kenapa ? dan kenapa ? dan jawapan nya hanya SATU .
AKU PUNYA SUKA LA NAK BUAT APA PUN ! ahhahaha .

Pacik pacik , macik macik jangan risau .. aku kembali bukan bermakna aku berubah segala nya , bertambah beria, bertambah gedik, bertambah sakai, bertambah CANTIK .. hahaha, okayy~ yang cantik je betul bertambah , yang lain tu tak =.=' . Aku tetap sama , sama macam dulu , cuma keadaan , situasi , persekitaran , masa saja yang berubah .. dan AKU TETAP AKU !

Tahun tahun sebelum ni memang banyak kenangan manis dan pahit serta dugaan yang datang kepada aku, banyakkkkk sangattttttt dugaan . Dan aku tak nafikan , akhir tahun 2012 dan awal tahun 2013 pun aku tetap ada dugaan , dugaan yang aku rasa tak tertanggung seorang diri , dugaan yang mampu membuatkan seseorang mengalirkan air mata (air mata tu tak tipu) hihi .

Tapi alhamdulillah , aku berjaya mengharungi segala dugaan yang datang dengan hati yang tenang (tenang ke?) , dan aku yakin , dengan dugaan yang datang , aku berjaya menjadi seorang yang lebih matang , lebih berdikari , lebih bahagia dalam menjalani kehidupan sebagai seorang manusia , anak , kakak , adik , pelajar , rakan , sedara , sepupu , kupu kupu , awek fizo omar (melebih pulak) hehehe (^^,) .



Pada tahun 2013 , usia aku telah berubah , dari angka SATU , bertukar ke angka DUA . Ini bermakna aku telah dewasa , aku bukan lagi kanak-kanak riang seperti suatu ketika dahulu . Aku bukan lagi budak yang boleh dibuli , dan aku harus yakin , yakin dalam melangkah untuk terus maju ke hadapan (dramatis gila) . Sesiapa yang punya niat untuk membuli aku , anda harus PADAM kan niat tersebut , kerana dengan kuasa SUPERHERO yang ada pada aku , aku berjaya menepis segala pembulian anda , kerana aku seorang yang hebat , kerana akulah SUPERWOMAN !!!! hahahaha :D 

 

Wasalam ~