Monday, January 28, 2013

makan cili terasa pedas tak ?



Assalamualaikum :)

Malam yang sunyi nii , idea untuk membebel dalam blog memang datang mencurah-curah . Dengan berbekalkan semangat yang kental , sikap rajin yang tertanam dalam diri (rajin tang mana?) , line maxis yang clear , tiada kacau ganggu dari manusia-manusia yang ada , berteman kan bantal , tilam , laptop , handfon dua tiga bijik (dua tiga bijik tu tipu) lampu yang terang benderang , kipas yang berhabuk tak dicuci (apa kena mengena?) , aku telah bersemangat waja proton honda dan bla bla bla .. untuk menulis lagi satu entri ! idea yang datang setelah aku melihat profile seorang rakan di facebook , tidak akan aku sia-siakan . hahahahahahahhahahahahha (gelak jahat) .

Apa itu perubahan ? kome pahamkah maksud dan konsep perubahan ? perubahan boleh digunakan dalam banyak tujuan tapi yang membawa banyak maksud . Perubahan yang aku ingin sampaikan bukanlah perubahan yang berkaitan dengan persekitaran , pembangunan , pencemaran atau apa saja , tapi aku nak kaitkan entri aku pada malam ini dengan perubahan pada manusia .

 
Aku tak fokuskan entri aku ni pada sesetengah individu saja , tapi aku ambil sesetengah individu dan diri aku sendiri sebagai contoh untuk kita bincangkan tentang perubahan . Okayy ~ apa yang aku cuba untuk sampai kan ? macam nii , aku ada seorang kenalan yang tak rapat tapi saling kenal mengenali antara satu sama lain melalui facebook dan seorang kenalan . Pada awal perkenalan kami , aku cuba sifat kan dia sebagai seorang yang up to date , cantik dan bergaya .

Tapi , satu hari , dia melakukan perubahan pada dirinya , bukan lah pembedahan plastik , botox or what , tapi dia telah berubah dari seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung . Walaupun aku tak rapat dengan dia, tapi aku bersyukur kerana dia sudah mula betudung dan aku selalu folow segala update pasal dia . Pada mula nya , aku lihat dia bercerita dalam facebook tentang perubahan yang dia lakukan , ramai lah yang mula memberinya semangat dan rangsangan untuk dia terus bertudung buat selamanya .

Tapi , apa yang aku tengok , semenjak dia putus dengan bekas pakwe nye , dia mula kembali kepada asal , mula membuka tudung , berpakaian seksi dan kembali kepada cara yang lama . Apakah perubahan yang dia lakukan pada suatu masa dahulu hanyalah kerana seorang lelaki ? kerana fesyen ? kerana pengaruh dan ikutan ? . Sayang seribu kali sayang , hatinya tidak sepenuhnya berubah kerana Allah s.w.t .

 
Sebelum kita berubah , kita tidak perlukan sesiapa untunk membimbing kita , tapi HATI dan NIAT yang kita perlukan . Memang sukar untuk kita secara tiba-tiba berubah , tapi kita perlu lakukan perubahan secara slow-slow , lama kelamaan , perubahan itu akan sebati dalam hidup kita . Pedulikan apa yang orang sekeliling kata , tapi , kita lakukan lah perubahan untuk diri kita sendiri . Untuk masa depan kita di alam sana .

Memang dulu aku juga seorang yang tidak bertudung , tapi secara tiba-tiba , hati aku terdetik untuk mula berubah dan bertudung , dan sehingga ke hari ini ,aku masih lagi mengekalkan pemakaian tudung semasa keluar dari rumah . Di awal perubahan aku , ramai yang terkejut dan ada yang tidak dapat menerima , tapi aku nekad untuk meneruskan perubahan ini dan mereka menerimanya dengan rasa syukur dan gembira , orang yang paling gembira dengan perubahan aku adalah mak dan abah :) .

Aku tak sangka dan bersyukur sangat , dengan perubahan yang aku lakukan , telah membuka pintu hati rakan-rakan aku untuk mula bertudung :) . Walau apa pun niat mereka untuk bertudung , aku tetap gembira dengan perubahan yang telah kami lakukan . Tapi sayang , ada di kalangan kita yang sememangnya dari kecil dididik untuk bertudung dan menutup aurat , telah mengetepikan dan mengabaikan didikan tersebut . Mereka berubah sama sekali , tidak tertumpu pada pemakaian sahaja , tetapi pada perwatakan dan gaya hidup mereka sekarang .

Sudah banyak kali ditegur , tetapi tidak dihiraukan , adakah mereka bahagia dengan cara hidup mereka yang sekarang ? mungkin kot kan ? kalau tak bahagia , mana mungkin mereka berterusan dengan gaya hidup mereka yang sekarang ? . Entri ini bukan lah untuk aib kan sesiapa , bukan lah untuk belagak alim , bukan jugak untuk mengutuk sesiapa , tetapi untuk teguran sesama manusia termasuklah diri aku sendiri . Maaf lah jika kome yang membaca entri aku ni ada yang terasa hati , tapi ini adalah untuk peringatan sesama kita :)


wasalam ~