Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia :)
Pada suatu malam yang sepiiii ~ jeng jeng jenggg ! ada satu dua tiga empat lima kelibat yang lalu lalang di hadapan pintu bilik aku . Mengeluarkan bunyi bising seperti orang bercakap , bersembang , bergosip ! Aku yang memang seorang yang berani , hanya membiarkan dan mengabaikan saja kelibat dan bunyi-bunyi tersebut , cuma kadang-kadang bila topik yang kelibat itu gunakan untuk bergosip agak menarik perhatian , barulah aku menyampuk .
Semakin lama semakin banyak yang mereka gosipkan , pelbagai jenis topik dan isu semasa telah mereka bincangkan , ada yang menarik , ada yang hanya suam-suam kuku . hahaha . Sedang aku leka melayan perasaan seorang diri , bertemankan lappy , fon dua ketul , vcd strawberi cinta & sepah the movie , kipas berhabuk , katil , tilam , bantal dan bla bla blaaaaa ~ , aku terdengar satu buah lagu yang dimainkan oleh radio suria.fm .
Aku berhenti dari melayan perasaan , dan mula menghayati lirik lagu tersebut . Lagu yang dinyanyikan oeh penyanyi Indonesia kita , negara Indonesia yang mempunyai garuda dan menentang harimau malaya kita demi merebut sebiji bola di atas padang dengan bersenjatakan laser dan askar-askar yang kacak lagi bergaya , tapi tidak setanding dengan askar-askar harimau malaya kita yang jauh lebih kacak dari mereka . Hahahahaha ! langsung takda kena mengena (gelak jahat) .
Berbalik kepada lagu tadi , lagu yang dinyanyikan oleh Rossa yang bertajuk 'Ku Menunggu' . Sedap lagu tuu , hampir serupa dengan lagu 'Ku Merindu' (nampak sama tapi bukan dia) . Okayy ~ apa tujuan aku cerita kan pasal lagu-lagu ni semua ? hihi , sape dapat teka tujuan nya , aku belanja dia makan ! yeyeyyy ~ hurm , sebenarnya takde menda pun pasal lagu tuu , juz lagu tu menceritakan yang dia minatkan someone tapi orang tu dah ada yang spesel pun , dan nak tak nak , dia terpaksa lah menunggu orang yang dia minatkan tuu ~
Aipp aippp ~ aku tau dalam kepala hotak kome tu mesti fikir yang lagu tuu ada kaitan dengan aku ? mesti kome nak cakap yang aku ni duk tunggu someone yang aku suka tu kan ?? aishhh ~ betul la tuu apa yang kome duk fikir tuu *malu sat* . hihi . Memang aku mengaku aku nii minat gila ahh dekat dia , asyik terbayang je pasal dia (gila bayang ke?) . Kalau lah aku dapat dia , mesti satu Malaysia akan terkejut , satu Malaysia akan gosip pasal kami , satu Malaysia akan melancarkan transformasi , hahaha .
Hurmmm ~ tapi apakan daya , aku tak mampu untuk memiliki dia , jauh panggang dari api , seperti pipit dan enggang , seperti monyet rindukan bulan , seperti api dalam sekam (kena mengena ke ?) hahaha . Dia ramai peminat , dia bekerjaya , dia kacak bergaya , siapa tengok dia tersenyum , mesti melting habis lah gua cakap sama luuu ~ jika diberi dua pilihan , samaada memilih aku ataupun neelopak , sudah pasti dia memilih lopak , dan bukan lah aku yang dipilihnya . hukhukhuk :'( . Tapi takpe , demi dia , aku sanggup tunggu , tunggu dan terus menunggu ~ hanyalah untuk mu FIZO OMAR !!!!! hahahahhaa , kan dah terkena ==' .
![]() |
nah ! tatap pacar gue ~ hihi . |
Wasalam ~
No comments:
Post a Comment