Thursday, January 31, 2013

Kejutan Kebudayaan :)



Assalamualaikum & Selamat tengahari :)


Dalam sedar tak sedar , usia kita dah pun meningkat dewasa . Tapi , dewasa tak bermaksud dapat mematangkan fikiran kita . Mungkin ada segelintir individu yang masih lagi mengharapkan bantuan ibu bapa untuk melakukan sesuatu kerja , mungkin juga ada di antara kita yang mula menganggap mereka sudah dewasa sehingga melakukan segala macam perkara tanpa berfikir panjang , akhirnya menyusahkan semua pihak dan mendatangkan masalah pada diri sendiri *haihhhh~ geleng-geleng pale. 

Sumber : Encik google
 
Macam yang aku cakap , ada di antara kita , di kalangan kita yang masih lagi tidak dapat menyesuaikan diri nya dengan keaadaan persekitaran mereka . Bukan bermaksud tak sesuai dengan persekitaran alam sekitar nya , tapi tak sesuai dengan apa yang ada di sekeliling mereka *garu-garu pale tak paham . Okayy ~ macam nii , sebagai contoh yang dapat aku fikirkan , kita terpaksa tinggal di kawasan yang baru , bergaul dengan kawan baru , segala macam benda yang baru .

Dengan apa yang baru , kita semakin lupa siapa diri kita , dari mana asal usul kita yang sebenarnya , apa tujuan kita datang ke kawasan tersebut ? apa matlamat kita yang sebenarnya ? . Semakin hari kita lupa dengan segala persoalan tersebut , maka semakin jauhlah kita terpesong dengan kemodenan dunia . Daripada pergaulan kita dengan rakan-rakan yang tidak elok , tidak membawa ke arah kebaikan , berkemungkinan kita akan terjebak dengan pergaulan bebas mereka .

Sumber : Encik google :)

Tapi , ada diantara kita yang berubah dengan sendirinya tanpa hasutan dari rakan-rakan , mungkin dia ingin mencuba sesuatu yang baru dalam hidup , mungkin juga dia terlalu taksub dengan sesuatu perubahan sehingga merosakkan diri sendiri . Memang tak salah kita ingin mencuba sesuatu yang baru dalam hidup , tapi perlukah sampai merosakkan diri sendiri ? perlukah sampai lupa siapa diri kita yang sebenarnya ? tidak kesian kah kita dengan mak abah yang ada di kampung ? mak abah yang menaruh harapan sepenuhnya kepada kita untuk berjaya dalam hidup ? mak abah yang bekerja siang dan malam demi menampung kehidupan kita dan pembelajaran kita di sini ? (bagi pelajar).

Hurm , aku tidak memfokuskan kepada satu individu sahaja , tapi kepada semua termasuklah diri aku sendiri . Jika ada di kalangan kita yang kejutan budaya , apa yang perlu kita lakukan ? apa tindakan yang harus kita ambil ? adakah kita harus berdiam diri saja ? hanya pekak kan telinga dan pejamkan mata dengan perlakuan mereka ? adakah cukup dengan sekadar menasihati ? aku rasa , jika dengan nasihat yang seperti mencurah air ke daun keladi , masuk telinga kanan , keluar telinga kiri , baik tak payah ! buang masa je kita nasihat dan kasihan kan dia sedangkan dia lansung tak kasihan kan dirinya sendiri .
Sumber : Encik google :)

Aku rasa tak salah kita nak luangkan sedikit masa untuk enjoy , hilangkan tension study ataupun pape je , tapi tak perlu lah sampai hilang fokus dalam pelajaran , malas untuk belajar dan sebagai nya . Kita harus sebati dengan kehidupan kita , ada masanya enjoy , ada masanya kita fokus dalam pelajaran . Tidak takutkah kita apabila masa depan kita hancur , rosak dan kecundang akibat dari sikap sosial kita sendiri ? Mahukah kita pabila lihat rakan-rakan seperjuangan berjaya , tetapi kita ntah kemana ?

Hurm , malas nak cakap banyak . LU PIKIR LA SENDIRI !!!

Wasalam ~

No comments: