Tuesday, January 29, 2013

listen listen listen !!



Assalamualaikum ~


Sewaktu aku dan rakan-rakan seperjuangan aku yang lain pergi ke JPN untuk mengambil IC kami yang telah siap , pelbagai ragam dan gelagat manusia yang aku perhatikan . Dari manusia yang kecil baby, sehinggalah manusia yang sebesar manusia dewasa . Ada yang datang dari pelbagai tempat yang ada di ibu kota tersebut , ada yang berpakaian kemas yang menunjukkan mereka seorang yang hebat dalam kerjaya , ada juga yang berpakaian biasa dan selekeh tapi tak bermakna mereka tuu tidaklah hebat .

Sementara aku menunggu number giliran ku dipanggil oleh abang-abang JPN yang superb baik , aku sempat lagi mencuri dengar perbualan sepasang suami isteri yang ada di kerusi hadapan tempat duduk ku , bukan niat aku untuk masuk campur urusan mereka , tapi dari gaya percakapan si ayah yang agak kasar , aku tertarik untuk terus mendengar dan mendengar tanpa mereka sedari .

*Ini dialog yang sempat aku curi dengar dan aku ingat sehingga ke hari ini dan saat ini -:

Ayah mengetuk kerusi dan menghempas borang-borang kepada ibu dalam keadaan marah seperti ibu telah melakukan kesalahan besar .

AYAH : IC along pun kau lupa nak bawak ? berapa kali aku nak pesan haa ?!!!

IBU : ................. (hanya berdiam diri sambil mencari-cari salinan IC along di borang biru tersebut).

AYAH : Bodoh la kau nii , kau patut jadi lembu tau !! kalau kau jadi lembu , aku sembelih kau ,aku jual kau !!! beribu ribu aku boleh dapat !!! kaya aku !!!!

IBU : diam laa ....... (masih lagi mencari-cari salinan IC along) .

AYAH : diam diamm !!!! aku cakap kau menjawab !!! bodoh tau kau nii , benda senang macam ni pun kau lupa ??!!! aku patut kawin dengan janda tau , lagi senang hidup aku daripada kawin dengan kau !!!!

*tettttt ~ number giliran aku dipanggil , dah tak dapat nak curi dengar :( . hurm , kalau lah kome di tempat IBU , apa tindakan yang akan kome amik ?

kalau aku di tempat IBU , macam ni aku jawab -:

AYAH : IC along pun kau lupa nak bawak ? berapa kali aku nak pesan haa ?!!!

IBU : ........... (masih lagi diamkan diri sebab taknak keruhkan keadaan) peace no war :)

AYAH : Bodoh la kau nii , kau patut jadi lembu tau !! kalau kau jadi lembu , aku sembelih kau ,aku jual kau !!! beribu ribu aku boeh dapat !!! kaya aku !!!!

IBU : Memang laa , aku jadi lembu , kau jadi rumput , aku lapar , kau aku makan , paling kuat pun kau jadi taik aku je !! bodoh ==' diam laa .

AYAH : diam diamm !!!! aku cakap kau menjawab !!! bodoh tau kau nii , benda senang macam ni pun kau lupa ??!!! aku patut kawin dengan janda tau , lagi senang hidup aku daripada kawin dengan kau !!!!masalah betul !!!

IBU : listen listen listen listen listen listen listen listen listen listen listennnnnnnn ~ semua orang ada masalah , haiwan pun ada masalah , lembu , itik , ayam , anjing , ikan pun ada masalah , tau tak ikan josh ? ikan jerung tuu ? ikan josh paling masalah !!! kau tau ? kau ape tau ? kau kan rumput , masalah kau nanti bila jadi taik jek !! (hahaha) .

*segala penceritaan adalah benar sama sekali , cuma dialog sahaja ada yang ditukar dan ditokok tambah :)

moral of the story , jangan lah kita suka memaki , bersopan lah bila bercakap , tegurlah dengan cara dan bahasa yang elok , budi bahasa budaya kita .

Selamat beramal dan ambil ini sebagai satu pengajaran supaya lebih bersopan di dalam percakapan .

Wasalam :)









No comments: