Wednesday, February 27, 2013

sayangku opah :)



Assalamualaikum :)


Kampung Lambor , Bota Kiri Perak
Aku : opah nak pegi mana ?
Opah : Seri iskandar , amik duit BR1M . teman la opah pegi amik jap .
Aku : -_- oke opah , pastu kita pegi manjung okeh ? pyna nak makan kek .
Opah : yelaaaaa -_-

Dewan IKBN 
Aku : yeyeyyy ~ opah kaya , opah dapat 500 !
Opah : ehh , si Timah tu pun amik duit ?
Aku : kenape ? dea tak boleh amik ke ?
Opah : Dea kan orang kuat P*S -_-
Aku : biasalah opah , manusia ni kalau dapat duit , apa pun sanggup :) hahaha !

SR Aeon Manjung 
Aku : opah nak makan ape ?
Opah : ape yang sedap ?
Aku : opah amik je ape pun , pyna belanja ehh :) *mata kedip kedip
Opah : okehh , nak yang ni , yang ni , yang nii , ehh ~ yang ni pun macam sedap , opah nak yang ni jugak :)
Aku : tu jee ? okeee :)

#Akhirnya rabak aku RM113.50 :)

Wednesday, February 13, 2013

Ibu & bapa :)



Assalamualaikum & salam sejahtera :)


Dah lama aku tak update blog , bukan malas *hakikatnye memang malas , tapi bila dah cuti lama nii , mula lah kita nak cuti dari tulis entri kan :) cuti ni aku tak kemana pun , tapi bejalan jugak , juz kurang berjalan dari biasa , walaupun kaki sakit, bukanlah punca aku tak berjalan . sebab nya cuma lif balai kita rosak , malas nak turun naik dari bawah sampai tingkat 8 ==' .

Berbalik kepada tujuan entri aku , wajarkah ibu dan bapa mertua di layan seperti orang asing ? hurmm ~ bukan ke dalam agama kita sendiri mengajar kita supaya hormat kan ibu bapa mertua kita seperti mana kita hormatkan kedua-dua ibu bapa kandung kita ?

Tapi aku pelik , cukup pelik ! kenapa harus ada manusia yang taktau dea ni jenis hati macam mana , layan mak bapak mentua dea macam deme tu orang asing ? lansung takda hormat . boleh keluarkan kata-kata kasar ? boleh pulak hasut anak bini supaya abaikan keluarga mentua ?

Pada pendapat aku , sepatutnya sebagai ketua keluarga , anda punya tanggungjawab untuk mendidik dan membimbing keluarga supaya saling menghormati dan mengasihi antara satu sama lain . Aku cuma kesian , kesian dengan mak bapak mentua yang terabai tuu , dah la kome nak kan anak deme , tapi kome lansung taknak berbaik dengan mak bapak nye .

Kome sedar tak yang pasangan kome tu datang nya dari mana kalau tak datang dari kedua-dua ibu bapa nye ? Kome tak kan dapat bersama dengan pasangan kome tu kalau ibu bapak nye tak melahirkan pasangan kome tu di dunia nii !

Kalau lah satu hari nanti Allah s.w.t balas balik perbuatan kome tu , baru padan muka kome , baru menyesal , menangis air mata darah sekali pun , tak kan pulihkan balik apa yang kome dah buat sebelum nii .

Aku sedih bila ada manusia yang macam nii , yang pentingkan diri sendiri , yang hanya mahukan kita , tapi mak bapak kita ? depa boleh tolak tepi , macam kita ni takdak mak bapak !

Sekadar renungan . Wasalam ~

Wednesday, February 6, 2013

berjalan :)



Assalamualaikum kome :)


Dah banyak hari aku tinggalkan blog nii , kesian dea takda sapa nak tolong tengok kan . hihi . Dalam dua tiga hari nii aku tak berapa nak sihat , yang untung nya , aku diberi cuti yang panjang oleh lecturer-lecturer aku yang baik hati lagi cantik menawan walaupun garang macam singa . hahhaa . Dah dapat je cuti , aku terus la balik perak untuk mengadu nasib dan bermanja-manja dengan cik yems and bini yems . hihi , sayanggggg mak abah . muah .

Aku ni nampak je tak sihat , tapi sebenarnya ...  , boleh lagi berjalan sana sini , dalam tak dirancang , aku dah pun jejak kan kaki ni ke Melaka . hahaha . Penat nye takyah cakap laa , siang pusing satu KL - SELANGOR , malam nya pulak pusing MELAKA dan esok nya pulak balik PERAK . Sampai je perak , boleh pulak bini yems perli aku "Haiiihh, dalam duk sakit kaki tuu, jaoh jugak kamu berjalan , larat jugak kamu berjalan" . hahaha . hanya mampu tersenyum dan jatuhkan kepala . Alaa ~ mak ni macam tak tau je kan yang anak manja dea ni memang kuat berjalan ? hihi .

Malas nak cerita banyak dalam sakit-sakit nii , kome tengok la gambo-gambo kat bawah nii :)

nampak tak tu siapa yang paling tinggi ? hewhewhew~

alahaiii ~ macam bawak adik-adik berjalan pulak :)

macam biasa, semua orang pernah amik gambo dekat tangga bergerak tu kan ? baik ngaku cepat , tak baik tipu =='

budak ni tumpang glemer ayam tu sebenarnya :)

eleyhhh ~ snap gambo konon tengah minum ayor la kan ? hahaa . hentikan sandiwara anda :)

tak sah kalau kita tak nyampuk orang tengah tangkap gambo kan :)

sempat lagi posing dengan bola boling , feeling kami lah juara :)

motif gambo ni untuk #tag dekat ikram setia hujung nyawa , tapi dea tak balas pun aku punya #tag ==' 

  
lihat lah pandang lah , pinggang ku yang ramping . lalala ~ huhuhu

wasalam :)



Friday, February 1, 2013

copy & paste KAWEN :)



Assalamualaikum & Salam jumaat :)





Masalah KAHWIN mahal, sebab belanja perkara tidak perlu untuk menjaga hati dan mata beberapa pihak.

1- Ada generasi masa kini bersungguh nak mengikut apa yg digariskan dalam pernikahan menurut Islam, tapi terpaksa beralah dengan generasi lama (ibu bapa) yg 'perlu' melakukan majlis resepsi/perkahwinan mengikut adat sedia ada dari dulu masyarakat kita.

2- Ada juga anak muda masa kini yg 'Ok' dengan segala adat yg telah masyarakat kita amalkan itu. Mungkin atau dia telah bersedia dari awal, dan dah steady di usia penghujung 20-an. 27,28,29 dah stabil.

3- ada juga yg menentang + mengata orang yg nak berkahwin ikut Islam. Memberi pelbagai alasan untuk membenarkan perkara tersebut. Antara alasan : memberi penghargaan kepada si wanita, sebagai tanda kasih kepada si gadis dan sebagainya.

* Memberi hantaran, perbelanjaaan ribu-ribu untuk sesuautu perkara tidak perlu dlm majlis perkahwinan itu, pada asalnya HARUS. tetapi jika tidak mampu sehingga kena mencuri , HARAM hukumnya. jika terbeban dan kemungkinan timbul masalah di masa hadapan, MAKRUH. Untuk hukum lanjutan, boleh rujuk pada alim ulama yg lebih luas ilmunya.

Perkara pokok yg org selalu bincang berkenaan masalah HANTARAN TINGGI adalah untuk memudahkan jalan kepada generasi mudah berkahwin. Hantaran tinggi bukanlah penyebab kepada kes buang bayi, masalah sukar nak berkahwin disebbkan halangan wang ringgit yg menjadi punca berzina.









Bila budak-budak muda berzina, masyarakat salahkan remaja. Bila remaja nak menikah awal, kena beli itu, buat itu ini. Budak baru 20 tahun, baru masuk kerja, mana nak ada simpanan RM30K dalam bank....

Mau tak mau, kena berhutang. Bila dah menikah, masalah dalaman mungkin timbul akibat hutang..Mula la nak bercerai ka, bergaduh ka, hubungan mentua menantu retak dan sebagainya..

Nampak tak kesan dan akibat jika kita tidak mahu menurut ajaran Islam ?
banyak hikmahnya.
tapi NAFSU dan PERASAAN wanita mengatasi segalanya.



Wasalam :)